
#2 MasterQuote : 5 Bukti Kejayaan Kita Berjaya
MasterQuote 1 Comment
Sumber asal : IrfanKhairi.com
Untuk Share Gambar Dari Fanpage : Fanpage MasterZuheir.com
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau …
Sumber asal : HafiziZain.com
Untuk Share Gambar Dari Fanpage : Fanpage MasterZuheir.com
1. Modal berbayar kita bertambah banyak.
Sebagai contoh, dahulu RM10 ribu, kini RM60 ribu. Ini hanya dapat kita lakukan apabila duit keuntungan bisnes itu kita gunakan bagi menokok jumlah modal syarikat.
Apabila modal berbayar kita banyak, bank berani memberikan lebih banyak kemudahan.
2. Pengeluaran syarikat kita bertambah banyak.
Sebagai contoh, dahulu kita hanya mampu mengeluarkan 15 ribu botol kicap sebulan, tetapi kini kita mengeluarkan 40 ribu botol sebulan.
Kita dapat meningkatkan pengeluaran apabila kita menggunakan duit keuntungan bisnes bagi membeli mesin baru, peralatan tambahan, menyewa ruang kerja yang lebih besar, serta membayar gaji lebih banyak pekerja dan membeli lebih banyak bahan-bahan mentah.
3. Pelanggan kita bertambah banyak.
Sebagai contoh, dahulu kita hanya membekalkan kicap kita kepada 80 kedai, tetapi sekarang jumlah itu naik kepada 240 buah kedai.
Kita dapat menambah jumlah pelanggan apabila kita gunakan duit kentungan bagi membeli van-van tambahan dan mengambil driver tambahan bagi penghantaran kepada pelanggan.
4. Harta syarikat bertambah banyak.
Sebagai contoh, dahulu kita menyewa rumah kedai milik orang lain, tetapi sekarang kita sudah membeli 2 buah rumah kedai sendiri.
Syarikat dapat membeli bangunan sendiri apabila duit keuntungan digunakan bagi membayar down-payment bangunan dan bagi membayar hutang pembelian itu.
5. Jumlah pekerja syarikat kita bertambah banyak.
Sebagai contoh, dahulu kita hanya mempunyai 5 orang pekerja tetapi sekarang jumlah itu sudah menjadi 20 orang.
Kita dapat mengambil lebih banyak pekerja apabila duit kentungan digunakan bagi membayar gaji, KWSP, SOCSO dan pelbagai elaun yang mereka berhak terima.
###Jika anda mahu kata-kata anda di ‘quote’ oleh kami boleh la hantarkan kata-kata hikmah anda kepada kami [ masterzuheir@yahoo.com ]dengan menyatakan sekali detail seperti berikut :
-Nama anda
-Status/Jawatan/Pangkat anda
-Kata-kata hebat anda
-Website/Blog anda
-Gambar Anda
-Sumber asal kata-kata hebat anda (untuk trafik/backlink)
Terima Kasih Atas Share Anda !
Related posts:





















wah.. terima kasih master.. input yang sangat berguna.. n_n
Cik Jia kongsikan sesuatu Setelah 4 tahun tak Jumpa… Akhirnya…