Kisah Anak Kecil Dengan CEO Muda Yang Angkuh

Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) muda yang baru mengambil alih syarikat hartanah milik arwah ayahnya sedang memandu laju di sebuah …

BACA SETERUSNYA

Kisah Anak Kecil Dengan CEO Muda Yang Angkuh


 Salam semua,hari ini banyak aku dapat masa aku pergi merantau ke Muar (naik bas jep sorang2) .Dengan berbekalkan RM100 berpakaian biasa t-shirt sekolah BBU kepunyaan adik aku saiz S beserta jacket hitam ku dan berkasutkan kasut lama,ku gigih kan jua diri aku bangun awal untuk beli tiket ke Muar dari Larkin.

Tunggu punya tunggu bas , tak dapat lagi aku menahan ‘kerinduan’ aku dengan Terminal Larkin daripada aku tunggu bas lama-lama,terniat aku untuk bagi ‘pendapatan’ sikit kat pemandu teksi.Dalam beberapa minit dapat la aku naik teksi.Peramah pemandu tu.Murah pula tu.Alhamdulillah.

Tapi kali ini bukan nak cerita yang aku berjaya dapat naik teksi.Sebenarnya aku mahu kongsikan impian pemandu teksi tersebut.Walaupun dia memilih kerjaya sebagai pemandu teksi tapi dia juga ada impian yang tinggi.Anda nak tahu apa impian dia?

Ya,memang semua orang nak kaya.Tahu kenapa?Sebab kita perlukan duit untuk melakukan semua perkara.Lagi banyak duit lagi banyak perkara kita boleh buat.Betul ke istilah ini?

YES,istilah ini betul tapi ade istilah lain pula yang menyambung iaitu DUIT bukan segalannya,tapi segalanya perlukan DUIT.Setuju kan?Aku harap anda setuju.Tapi persoalannya bagaimana?Dia kata dia nak berniaga.Aku mula minat dengan abang tu. :)

 

——————————————————————————————————————————–

 

——————————————————————————————————————————–

Aku pun tanya kat abang teksi tu “Abang nak niaga macam mana?”.Dia pun jawab dengan selamba “Aku nak berniaga macam ko buat skrg ni macam printing baju,jacket,banner,bunting,namecard,sticker tapi aku nak tambah sikit nak bisnes bundle.Cuma aku tak tahu nak bukak kedai kat mana.”

Aku suke dengan abang ni.Aku pun cerita pengalaman aku dari aku form 4 hingga lah sekarang sampai tak sambung belaja ni sebab obses dengan bisnes (poyo je.hehe).Dia kagum dengan aku sebab muda-muda lagi dah pandai berniaga besar-besar.Dalam hati aku cakap “Bukan senang,banyak dah aku korbankan.tak apa satu hari nanti abang akan tahu dunia perniagaan macam mana”

Aku ringkas kan apa yang aku dapat yang dikira pengalaman manis lah hari ini daripada abang teksi tersebut.Antaranya :

1-Walaupun kita ni kecil tapi kita kene berjiwa besar.Sebab orang kaya semuanya berjiwa besar.Jangan berjiwa miskin.
2-Masa kita muda ialah masa yang paling bermakna untuk kita bina kekayaan sebab bila dah tua mungkin sudah tak termampu untuk mengejar kesenangan.
3-Peramah dengan semua orang.
4-Berniaga adalah salah satu cara kita membina kekayaan.
5-Bina 2 sumber pendapatan.Pendapatan tetap dan juga pendapatan utk backup (berniaga)
6-Tak bergantung kepada satu pendapatan.Sampai bila nak bawak teksi?

Alhamdulillah banyak juga aku dapat hari ini.At least,dapat juga aku naikkan semangat untuk aku teruskan berbisnes di dunia luar yang mencabar dan banyak saingan.

Akhirnya sampai juga di Larkin selepas berbual2, bertukar2 pendapat dan impian.Jujur orangnya tambang teksi ikut meter.Tepat RM12.00 aku bayar pada dia.Akhir sekali sebelum aku pergi Dia kata kat aku “Aku suka kawan orang macam ko ni,sebab aku pun ada niat nak bisnes printing.Ni nombor aku kalau nak guna teksi”

“Trimas bang,Jumpa lagi”

“Assalammualaikum !”

trimas sebab sudi baca dari awal hingga akhir !

Salam. Please add aku dalam Facebook , follow aku dalam Twitter dan Blog aku.Trimas !

Facebook Twitter Google+ YouTube 


Related posts:

  1. Kisah Anak Kecil Dengan CEO Muda Yang Angkuh